Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Mee & Pasta > Mee Kuah Pedas
Question Title Mee Kuah Pedas

Sumber : Majalah 
Kiriman & Gambar : Anis Adlina 
 
BAHAN (A) :-
 
 
3 camB minyak masak 
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air  
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan) 
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus.  kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi) 
125 ml sos tomato 
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)  
garam & gula secukup rasa 
 
BAHAN (B) :- 
 
2 camB ketumbar 
1 camB jintan manis 
1 camB jintan putih 
3 camB udang kering 
40 gm ikan bilis 
 
BAHAN (C) :- 
 
1 labu bawang besar 
4 labu bawang merah  
3 ulas bawang putih 
10 tangkai cili kering 
1 tangkai bunga kantan 
3 camB tauchu 
1 cm belacan 
 
BAHAN (D) - hiasan :- 
 
4 biji limau kasturi (dibelah 2) 
3 tangkai daun bawang (dimayang) 
5 tangkai daun sup (dimayang)  
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8) 
4 butir telur (direbus & dibelah 4) 
 
CARA-CARA :- 
 
1. Sangai bahan (B) dan kisar halus.  Ketepikan. 
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan. 
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.  
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak. 
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek 
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi) 
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula.  Masak hingga mendidih, kemudian tutup api. 
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 13943 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Mee & Pasta .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment nora_bp@yahoo.com on Fri, Apr 25th, 2008 at 12:34 AM
Sya baru abis msk masakan ini rasa nya sedap jugala lain sikit sbb ta gunakan santan baik untuk kesihatan tq
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Mee Hailam
  2. Mee Kuah 3 Rasa
  3. Mee Kantonis
  4. Mee Kuah (Ho Fan)
  5. Mee Malaysia
  6. Mee Betawi
  7. Samla Namya (Meehoon Berkuah dari Kampuchea)
  8. Mee Hailam My
  9. Mee Hainan
  10. Mee Betawi
  11. Mee Labu
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 820
Dimasukkan: 2008-01-24 7:25 AM
Rating: 3.5 Star
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software