|
Sumber: Majalah SAJI Jun 2003
Bahan-bahan:
300gm tepung gandum + ½ camca teh baking powder (ayak bersama)
200gm butter
10gm gula halus
2 biji kuning telur - pukul berasingan sampai kembang
2 biji putih telur - pukul berasingan sampai kembang
1 sudu kecil pes strawberi
2 keping halwa aprikot – cincang halus
3 sudu besar jem strawberi – cair pakai double boiler
3 sudu besar kelapa kering
Cawan kertas saiz besar
Acuan kek bentuk gelas
Royal aising
Cara-cara penyediaan:
1) Putarkan butter dan gula hingga kembang.
2) Masukkan putih dan kuning telur sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dan kemudian masukkan pes strawberi dan apricot . Kacau hingga rata.
4) Masukkan adunan ke dalam acuan bentuk seperti gelas hingga ke paras 1/3 kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit hingga masak.
5) Sila sudah masak dan biarkan kek sejuk kemudian keluarkan dari acuan.
6) Sapu jem strawberi di seluruh bahagian kek sebelum disalutkan dengan kelapa kering.
7) Akhir sekali masukkan ke dalam cawan kertas kemudian paipkan royal aising ke atasnya. |