Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Nasi > Nasi Dagang Malaysia
Question Title Nasi Dagang Malaysia

 

Sumber : Fauziah Norizan

 

NASI

Bahannya

500gm. beras nasi dagang [ basuh dan rendam semalaman]

1 1/2 biji santan pekat [ zie beli santan yg siap diperah kat pasar ]

6 ulas bawang merah } semuanya

3 ulas bawang putih   }  dimayang / hiris

1 cm halia                  }  halus

2 camt. halba biji

garam / gula secukup rasa

 

Caranya

1. Toskan beras dan kukus 3/4 masak, angkat dan tuang dalam bekas.

2. Campurkan garam dan gula dalam santan kacau hingga semuanya larut.

3. Tuangkan sedikit2 santan kedalam bekas nasi tadi sambil digaul hingga sebati. Buat begitu hingga semua santanya habis dan tercampur rata dengan beras tadi.

4. Akhir sekali masukkan semua bahan hirisan tadi dan halba lalu digaul hingga sebati.

5. Masukkan semula dalam kukusan dan kukus hingga berasnya masak.

 

KARI IKAN

Bahannya

1 kilo ikan tonggkol / kayu

[ setelah siap dibersihkan ikan perlulah direbus dengan sedikit halia, lengkuas, garam dan asam keping  hingga mendidih biar atas api lebih kurang 1/2 jam supaya hilang bau hanyir ikan tersebut.]

8 ulas bawang merah } semuanya

4 ulas bawang putih    } dihiris halus

1 cm halia                   } untuk ditumis

2 tangkai daun kari

1 camt halba campur

4 camb. serbuk rempah kari

2 camb. cili blend

4-5 keping asam gelugur / keping

1 biji santan pekat

minyak secukupnya untuk menumis

garam secukup rasa.

 

Caranya

1. Tumis semua bahan tumisan dan masukkan juga halba campur dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan sedikit.

2. Masukkan cili blend dan rempah kari serta sedikit air tumis hingga benar2 garing atau lebih tepat lagi orang sebut terbit minyak atau pecah minyak.

3. Masukkan santan, asam keping dan garam, jika pekat sangat boleh ditambah sedikit air masak hingga mendidih.

4. Setelah memndidh bolehlah dimasukkan ikan yg telah direbus tadi. Rasalah, apa yang kurang bolehlah  ditambah mengikut selera masing2.

 

SAMBAL KELAPA

Bahannya

300 gm kelapa parut yang putih

1 biji bawang besar

2 biji cili merah

6 biji cili padi merah [ jika suka pedas ]

1 camt garam halus

2 camb. air asam jawa [ pekat ]

 

Caranya

1. Blend semua bahan [ kecuali kelapa ] hingga halus. Dah halus masukkan kelapa mesin hingga halus. ras apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.

 

ACAR TIMUN

Bahannya

2 biji timun - kupas kulit dan terik dengan garpu kelilingnya dan hiris nipis2

1 btg lobak merah - hiris nipis2 juga

1 biji cili merah - hiris nipis

[ jika suka pedas boleh ditambah 2-3 biji cili padi ]

2 biji bawang besar - di mayang nipis2

garam / gula secukup rasa

4 camb. cuka makan

 

Caranya

1. Gaul kesemua bahan2 hingga rata dan rasalah apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 11229 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Nasi .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
There are no user comments for this question. Be the first to post a comment. Click Here
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Nasi Paprik
  2. Nasi Kerabu Istimewa Noraini
  3. Lontong Goreng
  4. Nasi Cendawan
  5. Nasi Kerabu
  6. Nasi Kerabu Goreng
  7. Bubur Lambuk Tanjung Keling
  8. Paella (Spanish Rice)
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 464
Dimasukkan: 2006-10-27 5:58 PM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software