Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Kek > Aneka Kek Buah > Kek Kukus Buah-Buahan
Question Title Kek Kukus Buah-Buahan

KEK KUKUS BUAH-BUAH
Sumber : Halimah Anang

 

Bahan A:

  • 5 butir telor – sejukkan dalam peti sejuk

  • 225 gm gula melaka

  • 150 gm susu cair dalam tin

  • 220 gm tepung gandum

  • 1 sudu besar ovalette

  • 1 camca baking powder

  • ½ sudu tea garam

Bahan B:

  • 250 gm buah-buahan kering dalam kotak, jenis Silver Birds atau jenama lain; 500 gm untuk yang gemarkan buahan kering

  • 100 gm minyak jagung atau minyak zaiton 

Peraturannya

Satukan semua bahan A di atas. Pukul dengan mesin pembancuh hingga cukup pekat. Kemudian masukkan minyak dan kacau hingga rata. Bahagikan adunan ke dalam dua bahagian. Sapu tin pembakar yang bulat atau loyang berukuran 28 cm dengan mentega. Tuangkan sebahagian adunan itu, taburkan setengah bahagian buah dan kukus kira-kira 15 min. Tuangkan adunan yang satu lagi dan taburkan baki buah. Kukus lagi 15 minit.


Nota:

Untuk sesiapa yang ingin mencuba, kek kukus buah-buahan ni kegemaran bapa mertua Kak Limah.

 

Kek yang menggunakan telor sejuk, ovalette adalah sebagai bahan penting untuk menggebukan texturenya, kalau tidak kek akan menjadi bantut. Kalau tak ada ovalette boleh gunakan TBM dan Quick 75 atau bahan stabilizer yang lain, fungsi mereka sama.

 

Selalunya kek-kek jenis kukus yang Kak Limah buat boleh tahan dalam 4 atau 5 hari, selepas tu kalau masih banyak lagi Kak Limah akan bungkus dengan aluminium foil dan simpan di peti sejuk, dengan cara ni kek bertahan sangat lama ada yang sampai 1 atau 2 bulan tetapi kek tidak rosak, (kerana kerap membuat kek anak-anak dah rasa jelak pulak). Paling lama kek jenis berkukus boleh bertahan 1 minggu kalau di biarkan di luar, selepas tu dia akan mula berkulat putih.

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 9560 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Kek Buah .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
There are no user comments for this question. Be the first to post a comment. Click Here
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Kek Buah Chef Tania
  2. Kek Kukus Buah-Buahan Lembab
  3. Kek Kukus Buah Norazie
  4. Kek Kukus Buah-Buahan Basah
  5. Kek Buah Kukus Rezeki
  6. Kek Buah Kukus Hanieliza
  7. Kek Buah Basah
  8. Kek Buah Misliha
  9. Kek Kukus Buah
  10. Rich Boiled Fruit Cake
  11. Kek Fruit Pandan
  12. Kek Buah Leen
  13. Kek Buah Baya
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 45
Dimasukkan: 2006-09-21 8:54 AM
Rating: No Rating
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software