Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Makanan Siam > Tom Yam Asli
Question Title Tom Yam Asli

Sumber : la_abwa

 

Bahan-bahan

Semangkuk kecil  isi daging ayam (dipotong dadu)

2 biji tomato (ambil sebiji yang sudah merah tua, dipotong dadu, sebiji lagi muda di belah 4)

batang lobak merah dihiris nipis

4 putik jagung (dibelah 4)

Sedikit kobis bunga- potong kecil

1 inci halia - diketuk

3 batang serai - diketuk

2 pelepah daun kesum

Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

3-4 helai daun limau purut

Sebiji bawang besar - potong membulat

Sebiji limau nipis (ambil jus-jika suka)

2 sudu gula pasir

Garam secukup rasa

1 senduk minyak untuk tumis

3 gelas air atau lebih

 

Bahan untuk ditumbuk

5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)

2 ulas bawang merah

Seulas bawang putih

Sedikit garam

 

Cara masak

1. Masukkan minyak dan bahan yang telah ditumbuk dalam periuk. (jangan panaskan minyak awal2) . Nyalakan api kecil.

2. Masukkan sebiji tomato  merah yang telah dipotong dadu kecil.

3. Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala  supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)

4. Masukkan ayam dan cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan sampai daging ayam empuk (15 minit). Gunakan api sederhana.

5. Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.

6. Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4),  Daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk  selama 2-3 minit.

7. Akhir sekali masukkan garam , gula , cili api yang tidak dipotong dan air juz limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.

8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

 

Sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Jus limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik tak digalakkan.

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 24993 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Makanan Siam .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment millaaura@yahoo.com on Wed, Jun 25th, 2008 at 11:07 AM
aah la..adeke letak daun kessummmm?//
User Comment wanniena@yahoo.com on Fri, Mar 16th, 2007 at 7:33 AM
adake buat tom yam letak halia? setahu saya lengkuas je
User Comment faizah_2676@yahoo.com on Mon, Dec 17th, 2007 at 2:03 PM
tom yam ada juga ke letak daun kesum????
User Comment ainie_subang@yahoo.com on Mon, Sep 29th, 2008 at 1:04 PM
kalau guna cili padi tak boleh ker???
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Udang Goreng Tepung Ala-ala Thai Phuket
  2. Tom Yam Datin
  3. Tom Yam tanpa Paste
  4. Tom Yam
  5. Tom Yam Ayam Merah
  6. Tom Khaa Kai
  7. Tom Yam
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 448
Dimasukkan: 2006-10-26 6:20 PM
Rating: 3 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software