Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Biskut > Aneka Tart > Blueberry Cheese Tart
Question Title Blueberry Cheese Tart

 

Sumber : Alex Goh

 

SWEET PASTRY

*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

 

Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising

1/4 sudu teh esen vanilla

 

Bahan B

1 biji telur

 

Bahan C

420 g tepung

1 sudu besar tepung susu

 

Cara-cara

1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

 

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

 

 

BLUEBERRY CHEESE TARTS

 

Bahan-bahan

300 g Sweet Pastry

 

Filling

Bahan A

250 g cream cheese

50 g gula

25 g mentega

 

Bahan B

1 biji telur

 

Bahan C

25 g whipping kream

 

Bahan D

20 g tepung

 

Blueberry filling

 

Cara-cara

1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

 

Nota :-

* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 26103 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Tart .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment WATY WATY JOE on Wed, Oct 25th, 2006 at 7:26 PM
Pastrynya pada saya.... agak manis sedikit, sedikit je.... tapi rangup oleh kerana saya buat tipis2. Separuh saya bubuh blueberry dan yang separuh lagi saya kosongkan dan simpan dlm air tight container untuk buat Fruits tart.
User Comment sitisuryani@mmc.com.my on Wed, Oct 25th, 2006 at 7:28 PM
Semalam buat cheese tart ni....hasilnya memang sedap.... Hari ni bawa office utk action2...dah ada org nak order utk bday party...... rasanya sedap sungguh!!! Thank you pada penyumbang resipi ini!!
User Comment Dee Dee on Wed, Oct 25th, 2006 at 7:31 PM
Smlm DeeDee wat Blueberry Cheese Tarts, pergh! best banget.... Atok DeeDee ckp, sebelum ni dia pernah rasa yang auntie DeeDee beli ngan kawan dier, tapi tak lah sesedap yang DeeDee wat... pergh! makin bertambah kembanglah DeeDee nie diwat nyer.. kikiki.... DeeDee wat tak lah secantik mana, cuma rasa dier jer yang mengancam...
User Comment Young Padawan on Wed, Oct 25th, 2006 at 7:33 PM
Semalam buat projek Blueberry Cheese Tart. Resipi ni dulu Jeni yang bagi feedback dan tolong tempekkan resipi dari buku Irresistible Pastry (Aneka Pastri Menawan) oleh Alex Goh. Hasilnya....voilla....delicious....kalau makan tak leh nak berenti....tapi sendiri jugak mau ingat....itu cream cheese banyak fattening.....
User Comment jeni@resipi.net on Wed, Oct 25th, 2006 at 7:34 PM
hari tu Jeni ada buat Blueberry Cheese Tart resipi dari buku Irresistible Pastry (Aneka Pastri Menawan) oleh Alex Goh. Pastry dia selepas dibakar jadi ala ala butter cookies teksturnya. Kiranya bila digigit tak hancur berderai atau tersembur-sembur bila makan sambil cakap :) Jangan buat camni ye buruk bebenor perangai ;P
User Comment orkid484813@yahoo.com.my on Wed, Oct 17th, 2007 at 10:44 AM
hi,saya cuma nak tanya, kenapa bila saya dah masak tart ni,selepas beberapa hari topping tu macam lari dari kulit tart tu? saya nak ucapkan tq bebanyak, semua org yg rasa tart tu kata best sgt,sama standard dengan tart yg beli.. siap ada yg order..
User Comment jeni@resipi.net on Sun, Apr 13th, 2008 at 7:13 AM
Nini, 1. Ye, apricot glaze dan blueberry jem/filling tu boleh dibeli di kedai jual barangan kek. Apricot glaze tu tak guna pun takpe. Ia sekadar bagi surface tart tu berkilat. 2. Ye, boleh 'plop'kan guna apa2 pun boleh :) 3. Oven tu kalau muat dua tray boleh sahaja. Tapi mungkin kena adjustkan suhu untuk oven kecil mungkin tak perlu sepanas yang dinyatakan. Apa-apa pun try dulu sebab lain oven lain degree kepanasan yang diperlukan. Good Luck :)
User Comment ninizainal@yahoo.com on Sun, Apr 13th, 2008 at 12:20 AM
Salam. Sya ni tk brapa familiar dgn baking2 ni, nk tnya sikit: 1.'Apricot Glaze' & bluebery jem tu, kite beli kt kedai jual brangan kek ke? 2.Alat piping sya pun tiada, kalu kite plop je blueberry pakai sudu ke dlm cheese tu, boleh ke? 3.sya ada oven comel je - Pensonic AE-11N tu.. kalau sya nk bakar 2 tray at one time, boleh ke? raya lepas try buat biskut raya, smpai demam kerana kena bakar a tray at one time. any tips? thanx! - Ninie
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Tart Nenas Baya
  2. Tat Telur
  3. Fruit Tarts
  4. Sweet Tart Mawi
  5. Sweet Tart Mawi
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 443
Dimasukkan: 2006-10-25 7:20 PM
Rating:
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software