|
Sumber : Puti Mazura
Bahan-bahan
1 bungkus macaroni (masak sebungkus macaroni, sedikit kenyal)
2-3 mangkuk keju Cheddar, parut kasar
1 cawan daging/ayam cincang di rebus atau udang - biar mentah
1½ cawan susu penuh krim
1 cawan kobis bunga, potong kecil
¼ cawan daun saderi/daun sup, dicincang
1 sudu makan daun bawang, dicincang
2 senduk mentega
Garam, gula dan lada hitam, secukup rasa
Cara Membuatnya
1. Panaskan ketuhar pada 150°C.
2. Lengserkan bekas/dulang pembakar dengan mentega.
3. Campurkan semua bahan lain kecuali keju dan separuh drpd. susu, gaul rata.
4. Letakkan satu lapisan campuran makaroni dalam bekas pembakar.
5. Letakkan pula satu lapisan keju parut.
6. Ulang proses, selang seli.
7. Curahkan susu pada lapisan terakhir.
8. Taburkan sedikit garam & lada hitam di atas.
9. Boleh taburkan lagi keju di atas sekali.
10. Bakar selama 30 minit/sehingga masak.
Nota :-
1. Sesuaikan masa & kepanasan mengikut jenis ketuhar.
2. Untuk masak makaroni "kenyal", didihkan air seperiuk, masukkan makaroni kering, dengan dua sudu mentega dan garam. Masak mengikut peraturan di peket, tapiskan dan bilas dengan air sejuk.
3. Sila guna keju "vegetarian", boleh juga guna keju keras yang lain. Jangan guna keju jenis krim/keeping. |