Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Sambal dan Sos > Perapan BBQ
Question Title Perapan BBQ

 

Sumber : Kawan Anis

 

Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam

 

Bahan-bahan

1 labu bawang besar

10 ulas bawang merah

7 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

2 batang serai

1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar)

3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)

3 sudu besar madu

1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)

3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi

1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati di

Makro)

2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk lada sulah

3 sudu teh garam atau secukup rasa

 

Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus sangat pun tak apa).

2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.

3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

 

Tips tambahan

1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya.

2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.

3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu.  Kemudian baru panggang.

4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan lagi pada masa-masa akan datang.

5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama.  Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4 hari sebelum hari BBQ .  Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau dipanaskan).

 

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 18352 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Sambal dan Sos .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment zanary70@yahoo.com.my on Sun, Sep 21st, 2008 at 2:02 PM
perap dulu baru kukus...nampak cam yummy nanti nak cuba
User Comment noraida_06@yahoo.com on Sat, Jul 19th, 2008 at 8:28 AM
ayam tu hendak dikukus setelah diperap atau pun dah diperap baru kukus.
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Kuah Kacang/Satay
  2. Kuah Rojak Buah Kak Liza
  3. Kuah Lodeh Asmah Laili
  4. Kuah Rojak Buah
  5. Sambal Ikan Bilis
  6. Sambal untuk Popia Goreng
  7. Kuah Kacang
  8. Sos Kuah Cucur Udang
  9. Kuah Satay Restoran Pak Amir
  10. Sambal Kentang Goreng Kering
  11. Air Asam
  12. Sambal Lonte @ Sambal Buruk [jawa]
  13. Sambal Kicap
  14. Sambal Belacan Arab
  15. Kuah Kacang My Mum's Style
  16. Sambal Kering Telur Sempoi
  17. Sambal Kecipir
  18. Lodeh
  19. Brown Sauce
  20. Sambal Hijau
  21. Garlic Butter
  22. Sos Coney
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 421
Dimasukkan: 2006-10-22 6:59 AM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software