Sotong Goreng Celup Tepung |
|
Sumber: Pn Puti Maizura
Bahan-bahan: 5 ekor sotong yang besar [dibersihkan, dan dipotong-potong serta toskan airnya. Jika boleh, keringkan ia seketika dengan menggunakan kertas tisu tebal atau kain bersih, atau boleh juga dijemur seketika]
Bahan-bahan tepung: 2 cawan tepung beras sedikit kapur makan [kapur sirih] sedikit garam sedikit baking powder [jika suka] sebiji telur [jika suka]
Minyak untuk memasak [perlu banyak untuk menenggelamkan sotong tersebut, seperti membuat goreng pisang] .
Cara-caranya: 1. Tepung beras dicampurkan dengan garam, kapur sirih, baking powder, telur dan uli dengan sedikit air sehingga menjadi doh [seperti hendak membuat biskut]. 2. Tutupkan doh di dalam bekas uli tadi sebentar dengan kain atau tuala kecil yang lembab. Biarkan selama setengah jam. 3. Selepas itu, uli doh tersebut seperti membuat roti dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi lebih cair dan sesuai untuk dicelup dengan sotong [juga sesuai untuk dibuat goreng pisang] 4. Pastikan minyak masak betul-betul panas. 5. Celupkan sotong yang sudah 'kering' itu dan masukkan ke dalam minyak panas. 6. Gorenglah seperti biasa. Bila tepung kelihatan sudah kekuningan, barulah diangkat. 7. Hidanglah bersama sos cili.
|
| Resipi dimasukkan
oleh: Laily Rahman
Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 13864 times kali.
|
| Klik
di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Sotong
. |
File Attachments |
| Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini. |
| |
Feedback Pengunjung |
 |
|
| There are no user comments for this question. Be the first to post a comment. Click Here |
Resipi Berkaitan
|
- Sotong Lada Hitam
- Sotong Masak Hitam Ala Pulau Pinang
- Sotong Sumbat Berempah
- Cumi Goreng Pedas
- Sotong Kung Pao
- Gulai Sotong
- Gulai Sotong
- Rojak Sotong
|