|

Sumber : The New Cookie Book - Catherine Atkinson
Bahan-bahan
200 gm coklat susu - Jeni gunakan Cadbury Black Forest Chocolate Bar
40 gm unsalted butter
70 gm biskut marie
70 gm coklat putih - Jeni guna white cooking chocolate
Cara membuatnya
1. Potong-potongkan coklat susu dengan butter.
2. Cairkan secara double boil. Selepas cair sejukkan dalam 5 minit.
3. Patah-patahkan biskut marie.
4. Cincang-cincang coklat putih tadi.
5. Bila cairan coklat dah sejuk sikit, masukkan pecahan biskut dan coklat putih tadi. Gaul rata.
6. Basahkan / Lembapkan bekas untuk dimasukkan campuran coklat biskut tadi.
7. Lapikkan dengan plastik wrap. Hujung-hujung plastik wrap tu pasti berlebihan.
8. Tuang campuran coklat biskut.
9. Tekan-tekan campuran tersebut supaya mampat dengan sudu atau garpu.
10. Tutup bahagian atas campuran tersebut dengan lebihan plastik wrap tadi supaya boleh ditekan-tekan untuk dimampatkan.
11. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
|