Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Biskut > Frambozen Kenari
Question Title Frambozen Kenari

 

Bahan-bahannya

2 cawan tepung serbaguna

2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur (kuning telur masuk dalam adunan..putih telur, pukul untuk marringue)

1/2 cawan gula

1/4 sudu teh garam

3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan

1/2 cawan badam cincang

1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi(saya guna blackcurrent)

 

Topping(Meringue)

1/3 cawan gula halus

(2 butir putih telur dari bahan kat atas)

2 sudu teh tepung jagung

 

Hiasan

1/2 cawan hirisan badam

 

Cara-caranya

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C.

2. Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.

 

Perhatian:

Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 - 20 minit.

Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.

 

Topping

1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat.

2. Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat.

3. Sapukan meringue (adunan putih telur) di atas jem dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam.

4. Bakar pada suhu sederhana (180 darjah) selama 8 - 10 minit atau lebih ( dekat 20 min) sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.

5. Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 15040 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Biskut .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment anisadlina@gmail.com on Sun, Oct 29th, 2006 at 11:21 PM
tak pernah buat, tapi, pernah makan yang roziyati beri. memang sedap biskut ni...lemak, manis, masin.
User Comment ezzaty_92@yahoo.com.my on Sat, Dec 2nd, 2006 at 8:26 AM
mama saya pernah membeli biskut ini daripada rakannya.. rasanya sangat sedap !!! saya akan mencuba membuat biskut ini.. bertahun mama saya mencari resepi ini..alhamduliLLAH..jumpa akhirnya..
User Comment ezadno@yahoo.com on Wed, Sep 26th, 2007 at 1:18 PM
terima kasih atas resepi itu, saya dah cuba memeng sedap, tapi basenya agar rapuh dan susah untuk dipotong ketika sejuk atau panas, bagaimana mahu basenya keras sikit macam biskut biasa, kalau sesiapa ade idea tolonglah kongsi, ok time kasih
User Comment dlieya77@yahoo.com on Fri, Sep 14th, 2007 at 9:34 PM
dlieya dah wat beberapa kali biskut nie , rasanya mmg sedap & lain dari yg lain tp kan kena kesabaran wat , ini pengalaman dlieya la. sebab kena potong masa biskut panas2 .... overall boh perasa blueberry mmg la sodap
User Comment fazrul_ezry@yahoo.com on Mon, Jan 14th, 2008 at 3:09 AM
mana i leh dapatkan/ beli this cookies yer.. tolong bgtau.. tQ!
User Comment zafiq_64@hotmail.com on Sun, Oct 5th, 2008 at 2:48 PM
ribuan terima kasih pd jeni atas resipi ini. Pertama kali saya cuba da menjadi. Kemudian saya buat kali kedua. Power gileer! Pengalaman pertama saya gunakan loyang 10x7 tapi tebal sedikit. Kedua kali saya gunakan brownies cutter. Kali ini lebih cantik dan menarik. Tetamu yg dtg kerumah semua mengatakan kue ini sedap. Terima kasih sekali lagi!
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Biskut Samperit / Butter Cookies
  2. Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac
  3. Choco Batik / Shortbread
  4. Biskut Makmur
  5. Biskut Dahlia
  6. Lemon Cheese Nestum Biscuit
  7. Popia Mini
  8. Biskut Samperit Norazie
  9. Chocolate Treasure
  10. Milky Milk Chocolate Cookies
  11. Snow Heart Suji
  12. Biskut Cheese
  13. Crunchy Honey Cookies
  14. Iced Almond Biscuits
  15. Biskut Delite
  16. Chocolate Crackles
  17. Nescafe Cookies
  18. Peanut Butter Cornflakes Crunchy Bar
  19. Chocolate Slice
  20. Japanese Crisp Cookies
  21. Pandan Classic
  22. Biskut Coklat Tak Ada Chips
  23. Bangkit Sagu
  24. Honey Chocolate Cookies
  25. Mumbo Roll Biskut
  26. Magic Peanut Butter Middles
  27. Chocolate Cappucino
  28. Biskut Orange Daisies
  29. Chocolate Viennese Fingers
  30. Biskut Royal jelly
  31. Coffee Shortbread
  32. Krenten Cookies
  33. Apricot Sesame Cookies
  34. Biskut Halia
  35. Biskut Rempah
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 257
Dimasukkan: 2006-10-09 8:14 AM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software