Resipi.net Knowledge Base Software Logo  
Peti Besi Resipi.Net
Dapur Berasap Selepas Online  
Knowledge Base Home | Sign Up as Writer Sign Up Login
Home > Semua Kategori > Aneka Roti dan Pastri > Roti Gulungan Sardin Anim
Question Title Roti Gulungan Sardin Anim

Roti Pertanian Kak Zek
Sumber : Animah

1kg tepung roti
140g gula kastor
20g garam
102g majerin
20g yis
10g pemantap roti / bread improver
20g softener
2 biji telor
500ml air ais (wa belasah air biasa jer…)
30g tepung susu

Cara membuatnya
Satukan bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Uli pada kelajuan minimum. Sambil tu masukkan bahan cecair secara perlahan. Uli hingga jadi doh. Masukkan majerin dan teruskan ulian sehingga doh menjadi licin.

Inti Sardin

2 tin besar sardin (wa suka guna mackerel) - buang sosnya
1 labu bawang besar - dadu/cincang
3 ulas bawang putin - cincang halus
2 biji cili merah - cincang
sedikit halia - hiris halus
2 keping asam gelugur (asam keping) - rendam sekejap
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang/hiris hingga naik bau. masukkan sardin. lenyek2kan biar hancur.

Masukkan sos cili dan asam keping. Biar sedikit kering. Perasakan dengan garam.

Jika suka bubuh la serbuk perasa (wa ganti ngan secubit gula).

Resipi dimasukkan oleh: jeni Resipi ini telah dikunjungi sebanyak 19815 times kali.
Klik di sini untuk melihat semua resipi di bawah kategori Aneka Roti dan Pastri .
File Attachments File Attachments
Tiada attachment file yang bersangkutan dengan resipi ini.
Berapakah bintang yang anda berikan pada resipi ini?
User Comments Feedback Pengunjung Add Comment
User Comment jeni@resipi.net on Tue, Oct 10th, 2006 at 5:33 PM
semalam seharian Jeni teringatkan Roti Gulungan Anim. Maka setelah menuntut ilmu macamana nak buat roti dan menggunakan breadmaker dengan prosedur yang betul secara online dengan LindaZA, setelah bersms dengan Mama, kita pun menggagahi diri mencuba Roti Gulungan Sardin Anim yang menjadi pojaan hati ku. Sungguh berhati-hati kita membuat roti kali ni. Siap dengan cara proofing dan membanting hehehe. Kali ni rasa dah betul dah step ku buat roti. Roti pon naik bagus dan senang dibentuk. Bila masuk inti dalam dough pun lepas tutup dough tutup erat takde tersengih takde meleleh :) Seronok akak. Bila dah start nak membakar tu baru teringat eh lupa nak letak telur. Hehehe selamat. Walau bagaimana pon roti tu elok je naik rasanya.
User Comment widaz08@hotmail.com on Tue, Feb 6th, 2007 at 10:15 AM
jgn marah ye...sya kalau nak cuba sesuatu resipi, saya akan baca berulang kali. Rasenye peraturannye tak complete; pd sayalah yang 'yg budak baru belajar'ni. Bleh sekiranye puan terangkan dgn terperinci cara2 nye. Thnx
User Comment jeni@resipi.net on Thu, May 1st, 2008 at 2:26 AM
Assalamualaikum Curlybaby, insyaAllah resipi di sini kami share dengan ikhlasnya. Resipi2 ni diemailkan ke dalam mailing list kami. Mostly perbincangan tentang resipi banyak dilakukan di sana. Kadang2 tersalin resipi yang tak lengkap. Kalau ada kekurangan takde masalah boleh bertanya sahaja. InsyaAllah kami boleh jawap. Tentang resipi tu nanti ada kelapangan saya perjelaskan dengan lebih detail. Buat masa ini saya jawap dulu ye. Bila doh sudah naik, kita rollkan dia sehingga rata dan letakkan inti sardin diatasnya. Macam buat kek gulung itu. Kemudian gulungkan ia dan biarkan ia naik. Dan kemudian bakar.
User Comment curlybaby69@hotmail.com on Wed, Apr 30th, 2008 at 7:06 AM
ya, saya tengok recipe ni memang nampak menyelerakan. Tapi rasa2 part macam mana sardin tu di letak di dalam roti tu tak di perjelaskan.... macam tak ikhlas aje....kasi recipe ni..
Related Questions Resipi Berkaitan
  1. Sardine Roll
  2. Pizza Goreng
  3. Cream Puff
  4. Homemade Roti Canai
  5. Roti Naik
  6. Chicken Pie
  7. Roti Kentang
  8. Roti Sandwich
  9. Temosa Makteh
  10. Pizza Yanti
  11. Bun Sosej Mini
  12. Chocolate Toffee Biscotti
  13. Kebab Zunita
  14. Cream Cheese Tart Yanti
  15. Mexican Bun
  16. Sweet Bun
  17. Burger Bun
  18. Chicken Pie Jeni
  19. Cheese Bun
  20. Roti Bawean
  21. Boston Banoffee Pie
  22. Pai Beri Biru
  23. Shepherd’s Pie
  24. Cheddar Cheese Bread
  25. Sweet Dinner Rolls
  26. Pratha Kak Nor
  27. Traditional Sweet Scones
  28. Shawarma Daging
  29. Dark Chocolate Bread
  30. Horlick Milk Loaf
  31. Roti Teh Hijau Jepun
  32. Monkey Bread
  33. Sunflower Seed Loaf
  34. Whole Grain Orange Bread
Article Information Maklumat Tambahan
No Resipi: 1
Dimasukkan: 2006-08-18 5:34 AM
Rating: 4 Stars
 
Article Options Opsyen Resipi
Print Question Print Resipi Ini
Email Question Email Resipi kepada Kawan
Export to Adobe PDF Eksport ke PDF File
Export to MS Word Eksport ke MS Word
Bookmark Article
 
Search Knowledge Base Cari Peti Resipi
Google
   Copyright © ALL RIGHTS RESERVED 2007 Resipi.Net  

Powered by PHPKB Knowledge Base Software